19 September 2013

Perubahan

Blog ini telahpun saya ubah rekaletaknya juga telah saya simpan semua catatan-catatan lama di dalam arkib. Bukan mahu memadam kenangan lama namun saya merasa adalah perlu untuk saya melakukan satu pembaharuan dalam hidup dan diri saya.

Saya ingin menjadi orang yang baru dengan sikap dan penampilan yang baru tidak kiraa pada rupa mahupun cara bergaul dengan rakan-rakan dan saudara mara.

Saya hanya manusia biasa yang seringkali terlupa, terleka dengan ketaksuban pada diri sendiri. Namun kini saya semakin mengerti semua itu tidak akan membawa apa-apa kepada saya melainkan luka dan duka sahaja.

Disaat saya menanti hari-hari terakhir untuk bersama Yang Maha Pencipta saya ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik, lebih mulia dan lebih tinggi sifat-sifat kewanitaannya.

Itu permintaan saya, itu doa saya dan itulah juga yang akan saya usahakan.

Doakan saya.