06 Januari 2016

Menghadapi kehidupan. (Siri 1)

Hari ini mencuri kesempatan menulis di ruangan ini. Bukan ada tajuk spesifik yang ingin saya perkatakan. Hanyalah sedikit saranan dan pandangan untuk permasalahan wanita masa kini.

Pengalaman lalu sebenarnya guru paling hebat bagi diri saya. Sewaktu saya kecil tidak pernah terlintas langsung yang saya akan melalui satu zaman gelap dalam hidup saya. Saya seperti insan lain sentiasa menyangka bahawa jika kita benar-benar merancang kehidupan maka semuanya akan berjalan 'smooth' dan lancer rupanya tidak. Impian memang tidak semudah itu untuk direalisasikan kerana kita bukan menjalani hidup secara bersendirian. Di sebelah kita ada suami, anak, keluarga kita, keluarga mertua, jiran tetanggan, rakan jauh dan rakan dekat. Semua pihak akan secara tidak langsung menyumbang kepada pergerakan dan corak perjalanan hidup kita. Merekalah ujian, merekalah dugaan, merekalah anugerah buat kita.

Kegagalan masa lalu membuatkan saya menjadi lebih matang dalam menghadapi kehidupan. Fikiran menjadi lebih jernih ketika menghadapi sesuatu musibah ataupun peristiwa. Tidak semua yang pahit itu masalah, dan tidak semua yang manis itu anugerah.

Terkadang Allah berikan nikmat untuk melihat tahap kesyukuran kita, ditimpakan musibah pula untuk melihat tahap kesabaran kita. Jika kita mampu melepasi dugaan dan ujian itu maka tahap kesabaran kita dengan sendirinya akan meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan