24 Januari 2016

Menghadapi Kehidupan (Siri II)

Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyambung bicara bagi siri ini adalah kerana terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan, pengajian dan keluarga. Beginilah sebenarnya hidup berlangsung. Kita boleh merancang apa sahaja untuk diri kita namun ia tidaklah semudah menyebut ABC untuk dilaksana. Terkadang ada perkara yang lebih penting yang perlu kita dahulukan dan tidak dinafikan kadangkala urusan itu lebih kepada kepentingan oranglain berbanding kita.

Bagi saya, selagi orang mengharap bantuan kita , itu bermakna kita sebenarnya bagus!. Jika kita tidak bagus manakan ada orang yang mahu meminta bantuan kita? Jadi, bersangka baiklah kepada setiap tugasan atau pertolongan dari/untuk orang lain.

Bercerita tentang pertolongan, sebagaimana kita amat memerlukan bantuan orang disaat kita kesusahan, begitulah sebenarnya perasaan orang yang meminta bantuan dari kita. Kerana itu saya sering menekankan tentang kepentingan empati berbanding simpati. Bila kita hanya bersimpati, kita akan membantu namun mungkin tidak dengan sepenuh hati. Lainlah jika kita iringkan bantuan dengan empati maka hasil dan kesannya akan lebih dalam dan lama.

Berbuat baik sesama manusia adalah tuntutan agama. Dalam Al-Quran ada menyebut "tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu menyintai saudaramu sebagaimana kamu menyintai dirimu sendiri". Bila melakukan sesuatu dengan kasih sayang maka hasilnya akan lebih baik dan berkat. Cuba melakukan yang terbaik untuk oranglain walaupun kadangkala ia memerlukan banyak pengorbanan dari kita. Usah risau tentang masa yang terbazir, tenaga atau wang kerana itu semua akan Allah SWT gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dan bermakna yang penting mesti ikhlas. Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan