03 April 2016

Galau

Hati saya galau. Saya tidak mampu meluahkan kepada sesiapa apa yang saya rasai saat ini. Kesannya saya hilang focus pada banyak benda yang patut saya lakukan hinggakan kadangkala kerja yang saya lakukan banyak kesilapan.

Banyak perkara yang ingin kita kongsikan dengan orang sekeliling namun ada sesetengah perkara yang langsung tidak boleh kita ceritakan. Jika ia sesuatu yang menggembirakan pasti kita akan tersenyum memanjang, namun jika ia perkara yang menyedihkan maka wajah kitalah cerminannya.

Mungkin saya akan tersenyum pada suatu ketika tapi pada banyak ketika yang lain muka saya akan masam, dahi saya akan berkerut dan saya jadi lebih pendiam.

Saat ini, hanya Allah tempat yang paling wajar untuk mengadu. Saya membaca ayat suci Al-Quran lebih dari kebiasaan. Ini bukan mahu menunjuk bagus tetapi inilah terapi buat saya setiap kali saya bersedih.

Saya harap, saya akan segera 'sembuh' dari kesedihan ini. Apa yang sedang saya lakukan ini walaupun sungguh menyakitkan hati ini namun ia adalah demi kebaikan semua pihak.

Kepada yang berkenaan, maafkan saya, fahamilah tujuan saya. Saya tidak berubah namun saya perlu mengubah keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan