Wahai Cintahatiku..
Kurenung matamu..
Kucari kebenaran
Kucari keikhlasan
Kucari ketulusan
Genangan airmatamu
Herot cebik diwajahmu
Tunduk melarikan wajah
Esakan sayu menerjah telinga
Sebak mengharu kalbu
Sedu bersatu
Hangat tanganmu
Kejap genggamanmu
Kata maaf kau lafazkan
Bimbangkan kehilangan
Kata janji kau tuturkan
Sumpah setia kau ikrarkan
Wahai insan di hadapanku
Janji kita hanya padaNya
Sumpah kita hanya untukNya
Jangan letakkan diriku setinggi itu
Kerana aku hamba sepertimu
Wahai...
Aku punya hati..
Aku punya akal..
Kau tiada salahnya..
Kau tiada dosanya..
Kita hanya hambaNya..
Berjalan di atas siratan takdirNya
Terlingkung didalam qada' dan qadarNya
Wahai..
Airmata itu jangan dibuang
Biar ia mengalir kerana Dia
Kerana kita milikNya
Bersama atas izinNya
Berkasih sayang atas anugerahNya
Andai kekal.. atas ihsanNya..
Moga ada cahaya untuk kita.. namun yang pasti .... Aku kasihkanmu kerana Dia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan