04 April 2016

Menuntut ilmu

Keputusan tugasan akan keluar pada bila-bila masa bermula dari 4 hingga 7 April 2016. Ini antara detik-detik suspen bagi seorang pelajar. Dari markah tugasan inilah kita tahu pergerakan bagaimana yang perlu kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan. Sama ada pergerakan biasa, pergerakan yang lebih dari biasa ataupun kita memerlukan 'booster'. Hehehe..

Teringat ketika masih menuntut di sekolah menengah, rasa tidak sabar untuk mengakhiri zaman persekolahan kerana kononnya tidak mahu terikat dengan ujian, peperiksaan dan keputusan yang kadang ok kadang k.o! Namun ternyata menuntut ilmu ini ada ketagihannya juga. Jika tidak masakan saya masih mahu belajar pada usia ini? Emm.. sebenarnya semakin kita mencari semakin banyak yang kita akan temui. Semakin kita belajar sebenarnya makin banyak yang tidak kita ketahui.

Saya percaya walaupun ada yang kata bila dah tua otak dah kurang input namun bagi saya itu semua tidak benar kerana saya yakin selagi ada kemahuan, pasti akan ada jalan. Yang pasti masa yang ada tidak boleh dipersia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan