19 April 2016

Selamat Hari Lahir, Abang





Today 20 April 2016 is My Dear Husbands' Birthday. Azman Awalludin.

Seperti tahun sebelumnya saya ingin jadi orang yang pertama mengucapkan ucapan keramat buat dia namun sejak beberapa tahun ini saya kalah kepada anak ke 3 saya Erdyna. Dia asyik jadi orang pertama yang mengucapkannya. Jadi tahun ini saya telah merancang rapi. Saya mesti menjadi yang pertama jadi pada 19hb April (pada jangkaan saya), saya telah mengucapkannya. Husband hanya tergelak sebelum memberitahu "masih awal lagilah sayang". Saya membalas " isyy okaylah ni.. tinggal esok je kan".

Keesokan harinya ketika di pejabat saya terpandang kalender yang berada di sisi saya. Dalam hati menjerit "Alamak!! hari ini baru 19hb April.. bermakna aku ucap Selamat Hari Lahir pada husband pada 18hb April lah kan? Aduhh malunya!!" yang lebih memalukan selain ucapan saya turut mengirimkan pesanan ringkas kepadanya.

Jadi, untuk sambut Hari Lahirnya tahun ini, saya telah mengucapkan sebanyak 5 kali. Haa.. itu memang tak agak-agak namanya. Tidak mengapa, buang rasa malu dan yang paling penting saya adalah orang pertama mengucapkannya. Anak saya Erdyna terpaksa akur kekalahannya pada tahun ini.

Okay buat abang.. "Ya sayang abang kerana Allah. Siapapun kita sebelum ini tidak penting lagi kerana yang paling penting adalah siapa kita sekarang dan siapa kita dimasa akan datang".



Disebalik semua ini...

Sebenarnya, ini kali pertama dalam hidup saya melakukan perkara serupa ini. Saya tidak tahu mengapa saya tidak jemu mengucapkan Selamat Hari Lahir buat dia. Walau sudah 5 kali mengucapkannya saya masih mahu mengucapnya lagi.

Jauh di sudut hati saya sebenarnya.. saya merasa sangat bimbang. Timbul berulang kali persoalan dapatkah saya mengucapkan ucapan ini lagi pada tahun hadapan. Kejadian yang menimpa saya baru-baru ini membuatkan saya merasa bahawa mungkin saya tidak akan berpeluang lagi. 5 kali ucapan untuk tahun ini boleh K.I.V sampai 5 tahun lagi.. huhu.

Kelihatan saya begitu 'sedih' orangnya bila menulis begini tapi sesiapa yang pernah melalui pengalaman 'mati hidup semula' pasti boleh faham apa yang saya rasakan saat ini.

Moga saya diberi kesempatan lagi tahun hadapan untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, ABANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan