03 April 2016

Hari ini..

Pagi ini bangkit dengan perasaan yang berbelah bagi. Antara harapan dan kenangan luka semalam hati cenderung untuk merasa rawan. Namun saya tidak mahu hari ini dibayangi kisah semalam. Dalam langkah yang longlai saya gagahkan diri untuk berdiri.

Saya perlu menjadi tuan kepada diri sendiri. Saya bukan robot yang boleh di'remote' oleh orang lain. Hati saya milik Allah, yang dipinjamkan kepada saya untuk saya jaga dan hargai.

Bangkit! Bangkit! Bangkit dari luka semalam, bangkit dari kejatuhan semalam!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan