02 April 2016

Sakit

Kebelakangan ini kesihatan saya agak terganggu dan tidak menentu. Sedikit sebanyak ia mengganggu rutin saya di pejabat mahupun di rumah. Dalam kesibukan urusan rasmi, tidak rasmi dan peribadi kesihatan yang baik sangatlah perlu. Bagi saya output yang maksimum tidak akan tercapai apabila saya tidak sihat. Kini, saya sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal emosi, mengawal pemakanan, menjaga waktu tidur dan mengatur jadual tugas dan aktiviti.

Saya ingin hidup lama demi merealisasikan impian dan cita-cita saya.

Ketika saya menulis post ini, saya sedang sakit kepala yang amat. Doakan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan