23 Julai 2015

Pembentangan Projek

Alhamdulillah..

Presentation oleh semua pelajar-pelajarku pada Khamis, 11 Mac 2010 berlangsung dengan jayanya. Aku membahagikan petang itu kepada 3 sesi iaitu pembentangan, soal jawab, ulasan olehku dan pembelaan (aku menggunakan istilah ini kerana aku mahu mereka memberi maklumbalas kepada komen dan ulasanku) oleh ahli kumpulan. Ternyata dalam kelasku ada yang mampu berkomunikasi dengan baik. Markah untuk projek kumpulan ini telahpun aku berikan tetapi belum lagi aku muktamadkan. Proses mengisi markah dan validasi akan berlangsung pada April ini. Masih sempat untuk aku mencari lagi peluang untuk menambah markah kepada student-student yang agak tidak berketrampilan dan pasif.

Semoga mereka lebih memahami tentang kekeluargaan dan nilai sebuah kehidupan. Insyaallah

3 ulasan:

  1. Kelas Kekeluargaan Islam ke Puan?
    idea pembelaan tu sgt menarik..cam debat la pulak

    BalasPadam
  2. Emm memang best pun Shidi.. mungkin akan saya teruskan pada sem lepas

    BalasPadam